CLOCK!

Monday, January 10, 2011

Kedashyatan Letusan Krakatoa 535 masihi!

Oleh: takusahrisau

Sambungan daripada Kedashyatan Letusan Krakatoa 1883 masihi!


Dipercayai bahawa Gunung Berapi Krakatoa yang meletus pada 535 masihi jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku pada 1883. Namun, nyawa yang terkorban tidak pula diketahui kerana tiada sebarang rekod menunjukkan berapa ramai nyawa yang terkorban semasa letusan tersebut.
Miskipun demikian, saintis dan pakar gunung berapi percaya bahawa populasi manusia pada masa itu tidak sepadat dan seramai populasi semasa letusan Krakatoa 1883. Ini memungkinkan bahawa hanya sedikit nyawa yang terkorban semasa letusan 535 masihi.
Sebagaimana letusan 1883, letusan 535 masihi juga membangkitkan ombak gadang dan gegaran yang amat kuat. Catatan dalam kitab ‘Book of Kings’ yang menyatakan bahawa terdapat letusan besar di kawasan di mana gunung Krakatoa berada pada tahun 416 masihi telah disimpulkan oleh ramai pengkaji bahawa ia merujuk kepada letusan 535 masihi. Ini kerana, tiada sebarang bukti besar yang menunjukkan terdapat letusan gunung berapi di Nusantara pada tahun tersebut. Jika kita mengambil kira catatan kitab tersebut, ini bermakna letusan tersebut sangat besar dan memudaratkan sehingga menaikkan ombak gadang yang akhirnya memisahkan Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.
Sebelum dan Selepas letusan pada 535 masihi.

Kesan-kesan Letusan 535 masihi yang WAJIB pembaca ketahui!
Impak daripada letusan pada 535 masihi telah mengakibatkan pelbagai kemudaratan bukan sahaja kepada penduduk di sekitarnya tetapi juga kepada penduduk dunia. Antara kesan-kesan letusan 535 masihi adalah:
1.         Letusan pada 535 masihi menyebabkan iklim dunia pada tahun 535 hingga 536 masihi menjadi bergitu ekstrim akibat debu-debu yang bercampur sulfur melindungi cahaya matahari. Hamisfera utara adalah kawasan yang paling terjejas.
Letusan 535 masihi telah mengakibatkan seluruh penduduk dunia menerima kesannya.

2.         Antara catatan yang menjadi bukti kepada perubahan iklim yang dashyat adalah ahli sejarah Byzantine, Propocius yang mencatatkan cahaya matahari yang redup seperti senja semasa peperangan Rom dan Vandals pada tahun 535 masihi.

3.         Pada tahun 535-536, salji dilaporkan turun ketika musim panas di China. Ia menyebabkan musim menuai para petani terpaksa ditunda dan petani mengalami kerugian yang cukup besar.

4.         Manakala di Timur Tengah iaitu di Parsi dan beberapa kawasan di Eropah, jerebu dan kabus yang tebal dilaporkan melanda di sana pada tahun tersebut.

5.         Manakala di Peru dan Mexico, terdapat catatan purba menyatakan bahawa pada tempoh 535-536 masihi, kemarau teruk telah melanda kawasan tersebut. Ramai penduduk mengalami kebuluran sehingga ia dikatakan antara punca kejatuhan tamadun Teotihuacan di Mexico.
Tinggalan tamadun Teotihuacan di Mexico.

6.         Akibat cuaca yang tidak menentu, wabak penyakit cepat menular di seluruh kawasan dunia. Antara yang paling terkenal adalah wabak Justinian atau plague of Justinian. Ia dinamakan sedemikian rupa adalah kerana maharaja Byzantine iaitu Justinian turut sama menghidapi wabak membunuh tersebut tetapi antara sebilangan kecil yang terselamat daripada maut. Wabak yang dipercayai bermula pada 541 masihi itu telah menyebabkan 50 hingga 60 peratus populasi Eropah merudum. Wabak Justinian juga adalah perintis kepada wabak hitam atau Black Death yang kemudian melanda Eropah dan timur tengah pada abad ke-14.



7.         Akibat cuaca yang semakin ektrim di Asia Tengah. Puak Mongol telah berhijrah daripada dataran Steppe sehingga ke Eropah. Puak Mongol telah memerangi setiap kawasan yang mereka sampai sehingga ditakuti oleh seluruh masyarakat dunia. Ia kemudian menimbulkan lagenda hebat bangsa Mongol. Semua ini dikaitkan dengan letusan Krakatoa 535 masihi.

8.         Terdapat beberapa empayar lain yang mengalami kesan sampingan akibat letusan dashyat pada 535 masihi sehingga menyebabkan empayar tersebut mengalami kejatuhan secara tiba-tiba, antaranya adalah Tamadun Nasca, Tamadun Parsi, Tamadun Rom barat dan Tamadun Saba di Arab Selatan.

9.         Kejatuhan Saba pada kurun semasa letusan 535 masihi menyebabkan masyarakat berada dalam keadaan kegelapan dan jahiliyyah. Manakala kejatuhan tamadun Rom Barat menyebabkan Eropah berada di Zaman Kegelapan sehingga abad ke-18.

10.       Daripada segi teologi, ajaran Katholik mengalami zaman kemuncaknya pada tahun 535 dan seterusnya manakala ‘musuh’ mereka iaitu ajaran Arianisme pula mengalami zaman kemerosotan sehingga ia hanya dianuti oleh beberapa ribu orang sahaja.

11.        Walaubagaimanapun, letusan Krakatoa pada 535 masihi mempunyai hikmah yang tersendiri. Ini kerana Islam mula tersebar dan mudah disebarkan akibat kemerosotan beberapa tamadun yang dahulunya cukup kuat.

12.       Rasulullah saw juga dilahirkan pada 571 masihi iaitu 36 tahun selepas utusan tersebut. Antara firman Allah yang memberi maksud yang besar adalah:


“Tidak Kami utuskan engkau, wahai Muhammad kecuali sebagai pembawa Rahmat ke seluruh alam.”
Dan ia benar-benar telah memberi rahmat kerana selepas kelahiran baginda ini, bumi Allah swt ini tiba-tiba kembali normal setelah teruk dilanda musibah dan mudarat akibat letusan Krakatoa pada 535 masihi tersebut.

No comments:

Post a Comment